Make your own free website on Tripod.com


New FrieND







Nama : Siti Nurzahira binti Che Tahrim.
Menuntut : Lancaster University, UK
Jurusan : Perakaunan.
Asal :Tanjung Malim, Perak
Menetap : Shah Alam.
T.Lahir : Hari Kanak-kanak Sedunia tahun 1977.
Hobi : Mencari kenalan, Badminton, Muzik, Melancong dan Mengarang.
E-mail : snz.ira@mailcity.com
________________________________________________________________________

PERJUANGAN TAK BERPENGHUJUNG

perjuangan ini bermula lagi
dari celik kelopak mata
hingga tenggelam sang suria
perjuangan ini
perjuangan tak berpenghujung
perjuangan ini bermula lagi
selagi manusia ada nafsu, ada akal
selagi mereka ada matlamat
perjuangan ini
perjuangan tak berpenghujung
perjuangan ini bermula lagi
dari kesilapan yang lalu
dari kejayaan semalam
demi gemilangan masa hadapan
perjuangan ini
perjuangan tak berpenghujung
perjuangan ini bermula lagi
sejak lahirnya insan ke bumi
hingga kembali ke liang lahad
perjuangan ini
perjuangan tak berpenghujung
perjuangan tak berpenghujung ini
tiadalah hala tujunya
bagi mereka yang menutup matahati
dari cahaya kebenaran
perjuangan tak berpenghujung ini
tetap ada penyudahnya
bagi mereka yang berpegang teguh
pada tali kukuh yang tidak akan reput
Tali Addin..

salam puisi dari :
-ira-

--------------------------------------------------------------------------------

PuIsi PuJaNGGa