OkeIii ... Berita TerkiNi Tentang member-member aku or event yang akan berlangsung boleh korang temui kat sini ... tak kira la pasal aper pun ... PC fest ker , gathering (utk member aku) , dan memacam lagi la ... or nak buat sesuatu statement ... insyaallah aku akan updatekan ruangan nie ... :"bagi sesiapa yang mahu mengiklan atau mencari member ...atau seseorang yang dah lama tak bertemu ... bole la mengemail aku di fri3nd@usa.net ...tiada sebarang bayaran akan dikenakan ....sekian"

TeRKiNI buat masa nie ... Update : 25 September 1999

- Gathering Date -
AssaLamssS ... GaThering Date ??? ... aku still menunggu jadual cuti korang nie ... ader setengah ader yg dah antor dan setengah lagi blum , terima kasih bebanyak yang dah antor ... yang belum antor tuh sila la berikan kerja sama ... aku paham sebab apa korang tak antor lagi jadual korang tu ... banyak keje , pastu nak exam lagi ... sama gak macam member-member kita yang lain ... sebarang perkhabaran berita ... mail aku di fri3nd@usa.net... skang nie ramai member kita yang mengofferkan diri utk organize gathering , Dayang ngan si Sarath nak susun plan ... email la diorang for more information !!!

- Balik Bercuti -
Orait ... bulan 10 nie , tak ramai yang bercuti ... cumer hafiz ngan fiza jer yang menuntut di UUM (Universiti Utara Malaysia)... menurut berita yang aku terima , diorang akan mula bercuti selama seminggu start pada 1 Oktober 1999 , satu minggu ... lamer dah diorang tak balik ke sri muda ... so saper yang rindu kat diorang nie , bole la bersua muka buat memakan ker , aper ker ... kenyang gak perut aku .. kekeke ... welcome back my friend!!!

- Selamat Pengantin Baru -
Hari Ahad ini bersamaan 3 Oktober 1999 (23 Jamadilakhir 1420 Hijrah), sepasang merpati akan mendirikan bersarang tangga ... hehehe ... tu pada kiasan aku larrr... kiasan yang sebenanya ... member-member sumer dijemput ke majlis kenduri kawin kakak Asfarizan di Taman Industri Puchong , Selangor ... meh ler meriahkan majlis , agenda majlis tu bermula pada 12:00 tengahari , 2:00 petang Persandingan Pengatin , 4:00 petang Majlis abisss , lepas pukul 4 takleh datang dah , kalo datang pun kena cuci pinggan ... hehehe , sesaper yang tak tau maner majlis tu berlangsung nengok la peta dia ... kat sini aku nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru" pada Kak Asmidar Bt Khaidzir dan Abg Abd Karim B. Haji Aziz .... , semoga berkekalan sampai ke anak , cucu , cicit , ciut , miut , ..ut , ..ut dan ..ut ... hehehehe , heh Ijan ... kakak ko dah ... ko biler daaaaa ??? ... hek hek hek hek

- Selamat Hari Jadi -
Seperti biasa tiap-tiap bulan ader orang lahir ... dan pada bulan oktober nie ... bole ler kata ramai gak yang lahir , check list ka bawah nu ... slamat hari jadi sumer ... member-member sumer ... errr sebagai penganti hadiah , aku nak hadiahkan korang serangkap pantun , pahamila sedalam-dalamnya pantun itu ... hehehe

dalam satu kotak , ada satu benda ,
korang tau tak , bulan nie duit takde ,

mesej tersirat : "duit takder nak beli hadiah untuk korang ... hehehehe"

- Birthday List Bulan Oktober 1999 -
Azral Fikri
03.10.1980
Sharifah Noraziana Shafinaz
03.10.1980
Nur Amalina Nasuha
05.10.1977
Norazam
10.10.1980
Nurafiza
14.10.1980
Nur Azwati
25.10.1978

kalau ada sesiapa yang hari jadi dia jatuh pada bulan September , tapi tak ada dalam senarai kat atas nie ... email aku ... dan peringatan juga untuk bulan seterusnya ... , aku nak tarikh hari jadi korang ...

Shahrul dah kerja ???
Berita terbaru pasal member kita , Shahrul Zachary ... , dia dah berenti menuntut di UNITEKMA dan beralih pada bidang kerjaya , setakat nie ... si shahrul saja yang berhenti menuntut di Universiti dan betukar haluan kepada kerja ... dia sekarang nie bertugas sebagai pegawai keselamatan di Bank Negara dan dia telah mula bertugas pada 26 September 1999 yang lalu , shahrul juga akan menjalani latihan di Port Dickson pada 3 Oktober 1999 selama sebulan .Dulu di UNITEKMA , shahrul ambil bidang Diploma Sains Sukan ... mesti ramai nak tau kenapa dia tukar haluan ... korang tanyer la sendiri kat dia , mail dia zack01@eudoramail.com ... aku kat sini no komen ...cumer nak ucap , selamat bertugas !

*Sampai di setakat nie dulu berita terkini tentang member-member kita ... nak tau berita yang lebih terkini ... tunggu page nie di update semula ... insyallah bulan depan ( November )

BioDaTa ! Berita TerKiNi ! KoleJ MTDC AlBuM MeMBeR ! MeMBeR KaMcInG MuZik JUkEBoX PuIsi PuJaNGGa MuTiaRa KaTa DiGiTaL ArT ! LiNk Web TerBaIk